blog lagi

Dah berapa kali create blog, selalu lupa nak update, lepas tu lupa terus.......

Comments

  1. Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan gantikan dengan satu kegembiraan yang tak disangka-sangka......Aamiinn

    ReplyDelete
  2. hmmm.....
    aku ???????
    macam tu la, kenyang makan hati, badan dah boleh buat sup tulang, kalau jalan-jalan terjumpa anjing memang takut sbb nanti dia ingat makanan dia. kikikiki
    itulah aku, gelak selagi boleh, senyum selagi mampu....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah untuk apa yang aku ada.

    ReplyDelete
  4. Kerana aku sedar, aku tak mampu memberi, maka aku tak akan meminta. Tiada apa yang dapat dikongsi kerana kita sememangnya sendiri. tak pernah harap untuk dihargai, cukup biarkan aku sendiri.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lelah untuk kongsi masalah sesiapa pun, tak pernah kesal dilupakan, tak pernah berkecil hati dipersalahkan, tak pernah, tak pernah........

    ReplyDelete
  6. Masa semakin suntuk, sempatkah aku ?

    ReplyDelete
  7. Cuba perbaiki diriku sendiri. Cuba persiapkan kemungkinan untuk melangkah sendiri .Cuba lupakan segala yg dilalui .Aku .

    ReplyDelete
  8. Sering muhasabah diri, banyak yang perlu diperbaiki

    ReplyDelete
  9. Tak rasa pelik ke kalau kerja 12,13 jam tapi hidup macam tu juga , rezeki berat juga , tak terfikir ke kenapa Allah sempitkan rezeki kita , jaga ke solat , baca ke al-qur'an , berkira ke wang ringgit dgn tanggungan, jaga ke silaturahim.

    ReplyDelete
  10. Teringin berjemaah solat subuh, tp anak2 liat sangat nak bangun ,sakit hati kejutkan anak2.Ayahnya juga sering subuh di hujung waktu . Allah , Engkau maha baik, lembutkanlah hati suami dan anak2 ku untuk mengerjakan solat di awal waktu.

    ReplyDelete
  11. Maaf, mungkin tak perasan atau mmg dah perasan tapi saja biarkan. Telefon semakin menjarakkan . Aktiviti bersama mmg takada. Uruskan rumah & keluarga bersama, ntah , sikit kut . Solat berjemaah, ada la sesekali. Sibuk .Waktu menghampiri mahgrib waktu org sibuk bersiap ke surau , masih leka skipping , exercise katanya , atau engage leka menjejak rakan lama, atau leka dgn gitar , mencari note atau tuning. Aku ?? Seperti emoji yg tak menggambarkan hati. Tak apa lah, jgn ditegur kalau taknak airmata gugur. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  12. Dah setahun berlalu, peluang yang entah kali keberapa diberi, keegoan yg tak bertepi, perjalanan masih juga begitu. Tahun akan berganti, tak terasa untuk muhasabah diri, tak terasa untuk memikir kembali, tak terasa untuk kembali menyemak lembar2 pengorbanan tanggungan .

    ReplyDelete
  13. kemana pun ibu tetap ingatkan anak-anak, nak makan ingat anak, nak holiday ingat anak-anak, nak shopping ingat anak-anak, apa pun yang ibu buat ,ibu sentiasa ingatkan anak-anak. akhirnya ibu takkan kemana kerana ingatkan anak-anak. tapi itu lebih baik.

    ReplyDelete
  14. kalau dah jodoh tak ke mana. sebelum berjodoh memang la bawa ke mana-mana, tapi kalau dah berjodoh, memang tak ke mana la, dok rumah ja. hehehehe

    ReplyDelete
  15. Andai ini yg terbaik untuk dia, aku tak membantah, kerana aku dah lama bersedia, dah kering airmata. Dah penat nak mengalah. Rasanya tak rugi pun dengan keputusan ini.

    ReplyDelete
  16. Allah, Engkau maha baik, aku tau Engkau dah sediakan sesuatu yg lebih baik untuk ku di hujung sana

    ReplyDelete
  17. Semoga anak2ku tidak menjadi mangsa

    ReplyDelete
  18. Diam itu lebih baik untukku bukan dia. Redah je, biar tiada matlamat

    ReplyDelete
  19. Tumpukkan lah semua kesalahan padaku.
    Aku tak pernah terkesan.
    Doa selalu kupohonkan agar Allah memberikan lebih lagi hidayah kepadaku dan anak-anakku. Semoga Allah memberikan kesempatan untuk kami memenuhi kehidupan ini dengan mencari bekalan untuk ke sana kelak. Kami tiada penyelamat selain Allah dan Nabi Muhamad SAW. Tunggak keluarga bukan lah yang akan membimbing kami , melainkan kami perlu berusaha sendiri untuk itu.

    ReplyDelete
  20. Sedang suami khusyuk, tenggelam dalam ibadah mencari malam lailatul qadar, si isteri berkecah di dapur menyediakan makanan sahur untuk suami dan anak-anak yang masih lena tidur.

    Ikut hati kecilnya, pasti teringin benar dia turut bersenang-senang rukuk dan sujud dalam damai hening, mendamba kasih Allah.

    "Ciangg...!"

    Menggoreng pula dia ayam kegemaran anak.

    "Kting, kting, kting..."

    Membancuh pula dia, kopi kemestian suami.

    "Prak, prak, prak...."

    Pinggan dan cawan diangkat dan dihidang ke meja makan.

    "Iman, bangun Iman."

    Bergegas dia mencuit anak bujang yang tidur di tingkat atas 'double decker'.

    "Zulfa, Zahraa, bangun. Solat tahajud, hajat."

    Dia menarik selimut yang membaluti badan mereka.

    Sedang anak terpisat-pisat melawan kantuk. Dia kembali ke dapur.

    Walaupun pada pandangan kasar, Dia tak sempat rukuk dan sujud, mengejar pahala ibadah khusus untuk dirinya. Tetapi dia menjadi asbab suami dan anak-anak dapat ruang mencecah dahi ke lantai menyembah Tuhan.

    Percaya, ada isteri dalam situasi begini.
    Memendam keinginan ibadah sendiri untuk bakti mulia kepada anak-anak dan suami.

    Suami.
    Jika kalian sedang beristighfar di atas sejadah.
    Istighfar sekali untuk keampunan isteri.

    Suami.
    Jika kalian sedang bersujud meminta hajat dari Allah,
    Mohon sekali dimakbulkan hajat yang didamba si isteri.

    Suami.
    Jika menangis berjujuran mohon diampun dosa-dosa,
    Mohon sekali buat isteri yang bertungkus lumus tadi.

    Suami,
    Jika berteriak kecil memohon Allah masukkan kalian ke syurga, minta sama istana syurga untuk dia.

    Suami,
    Mohon pada Allah,

    "Ya Allah, apa saja amal yang kau terima daripadaku, ganjari jugalah pahalanya buat isteriku malah lebih lagi buat dia, kerana dia asbab elok sempurna aku beramal."

    Hadiahkan mereka, doa kita yang bersungguh-sungguh.

    -Ammar Kamilin-
    #MAKnificent

    c&p fb

    ReplyDelete
  21. Bila sampai satu tahap rasa kecewa teramat sangat, saat mengadu pada Allah, tanpa sedar airmata mengalir tanpa dapat ditahan ,membasahi helaian al-qur'an yg dibaca, tiada siapa yg dtg menenangkan, kecewa ini hanya aku yg merasai.

    ReplyDelete
  22. Aku sendiri tak tau mcm mana aku boleh melalui ranjau ini hingga ke tahap ini, semua kekuatan adalah dari Allah. Aku cuba memandang semuanya secara positif. Aku berpegang kepada takdir. Perjalanan ini mungkin telah hampir ke penghujungnya dan aku belum juga dapat menunaikan amanah yg diserahkan kpd ku.

    ReplyDelete
  23. Hubungan yg semakin hambar, sesungguhnya keputusan yg kita buat akan memberi kesan kpd org sekeliling kita juga. Terkadang demi memenuhi kemahuan kita, tanpa sedar kita menyusahkan hidup org lain.

    ReplyDelete
  24. 29/11/19, tekanan yg amat sangat, Allah sedang menguji tahap kesabaranku.
    Bilamana nama aku dipergunakan tanpa berbincang terlebih dulu, dan aku tak punya hak untuk membantah.
    Bilamana tak ada kerjasama dikalangan rakan sekerja, yg menjadi mangsa adalah aku.
    ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM,
    Allah
    Allah
    Allah

    ReplyDelete
  25. Sabar lah ibu
    Allah sedang memberi peluang untuk ibu tambah pahala.
    Belajar untuk menerima semua ini secara positif

    ReplyDelete
  26. Syukur dengan tahap kesabaran yang Allah kurniakan ini, syukur kerana aku mampu menyembunyikan tangisan hati ini, syukur kerana punya birai mata yang mampu membendung airmata dari berguguran.
    Allah, Allah, Allah,
    Engkau maha mengetahui, aku serahkan kepadaMu segala rasa kecewa ini, sesungguhnya aku amat percaya bahawa Engkau Maha melihat akan hamba2Mu.

    ReplyDelete

Post a Comment